Friday, June 19, 2009

seribu langkah, selangkah itu pasti ...

.... bermula dari sini lah langkah seseorang itu bermula. Menjejak kaki ke menara gading. Cita-cita seorang insan yang tidak pernah kenal putus asa. Harapan dari kedua ibu bapa yang tercinta. Di sinilah bermula.
Surat tawaran dah pun sampai. Masing-masing mula sibuk nak beurusan untuk kemasukan universiti. Baju baru, seluar baru, beg baru semuanya baru. Berapa banyak kita berbelanja untuk semua ini ? Pernah tak kita terfikir.
....duhai langkah
terus melangkah.. entah apa cabaran yang bakal ditempuh, entah apa ujian yang bakal dilalui.

Namun, tetap terus melangkah.
Biasalah, semua itu mesti kita hadapi. Nak masuk U mesti lah berani untuk hadapi. Kalau tak, baik duduk rumah saja.

duhai langkah..
sekali melangkah, tak undur mengalah...
dan bermulalah satu kisah...

No comments:

Post a Comment

Followers